Thursday, January 7, 2010

AWAS >>>>>> Jenayah Pecah Cermin Kereta KTC 3





Setelah sekian lama tidak kedengaran kejadian jenayah pecah cermin kenderaan especially kenderaan penduduk yang diletakkan dikawasan luar rumah pada waktu malam, pada malam 2hb.Jan, 2010 yang lalu, Toyota Hilux milik seorang penduduk, Encik Muzaffar Hussein @ Apai telah dipecahkan @ disamun. Kejadian berlaku sekitar jam 5.00 dan 6.00 pagi. Apa yang menyedihkan, beliau adalah pelanggan ASAS Security yang meronda setiap 1 jam di kawasan sekitar.

Pada pandangan Anti Penyamun, dari modus operandi tersebut, kenderaan beliau telah 'diperhatikan' untuk beberapa waktu. 'PENYAMUN' tersebut disyaki menggunakan 'torch light' untuk memeriksa barangan yang ditinggalkan didalam kenderaan tersebut dan dipercayai tool yang digunakan adalah screw driver yang dihentak dengan tangan (ice breaking technique), dimana dapat meminimakan bunyi cermin pecah. Kesan ini juga dapat dilihat dari kedua cermin sisi yang dipecahkan.

Perlakuan PENYAMUN tersebut adalah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mencari barangan lain selain dari beg pakaian mangsa, memandangkan barangan berharga yang lain masih berada didalam kenderaan.

Anti Penyamun meminta agar para penduduk berwaspada dengan kejadian jenayah yang berulang-ulang ini.

Sila Pastikan:
1. Pastikan kenderaan anda berkunci sebelum anda masuk ke dalam rumah.
2. Jangan tinggalkan sebarang beg yang boleh menarik perhatian 'PENYAMUN'walaupun beg sekolah anak-anak.
3. Pastikan tiada dokumen penting ditinggalkan didalam kenderaan.
4. Pasangkan 'vibration alarm' sekiranya anda rasa perlu.

No comments:

Post a Comment